JAWATAN KOSONG: PENOLONG AKAUNTAN [23 MAC 2023]

JAWATAN KOSONG: PENOLONG AKAUNTAN [23 MAC 2023]

 

JAWATAN KOSONG: PENOLONG AKAUNTAN
Clinical Investigation Centre (CIC) membuka satu jawatan kosong bagi jawatan Penolong Akauntan.

Syarat Lantikan:-

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau

(b) Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau

(c) Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,776.08)

(d) Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM2,001.68).

2. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Pelantikan:-

1. Pelantikan adalah secara kontrak sepenuh masa di CIC.

2. Skim Perkhidmatan adalah mengikut Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

3. Tempoh kontrak adalah setahun dan akan diperbaharui setiap tahun bergantung kepada Penilaian Prestasi Tahunan Staf.

4. Tempoh percubaan adalah tiga (3) bulan.

5. Calon-calon yang berkelayakan dan disenarai pendek akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan dan menghadiri sesi temuduga.

Jika berminat, hantarkan permohonan anda melalui emel kepada cic_staff@um.edu.my termasuk:

  • Resume terkini
  • Salinan keputusan mengikut kelayakan seperti yang dinyatakan di dalam Syarat Lantikan

Tarikh tutup permohonan : 23 Mac 2023 (Khamis)

Share

Scroll to Top