JAWATAN KOSONG: PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
Clinical Investigation Centre (CIC) membuka satu jawatan kosong bagi jawatan Penolong Pegawai Perubatan.
Syarat Lantikan:-
1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Diploma dalam bidang pembantu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah RM1,797.00).
(b) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Pelantikan:-
1.Pelantikan adalah secara kontrak sepenuh masa di bawah CIC.
2.Tempoh kontrak adalah setahun dan akan diperbaharui setiap tahun bergantung kepada Penilaian Prestasi Tahunan Staf.
3.Tempoh percubaan adalah tiga (3) bulan.
Jika berminat, hantarkan permohonan anda melalui emel kepada cic_staff@um.edu.my termasuk:
- Resume terkini
- Salinan Diploma dalam bidang pembantu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
- Salinan pendaftaran dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia
- Salinan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
Tarikh tutup permohonan : 25 Mac 2022 (Jumaat)
Maklumat lanjut sila tekan pautan dibawah.
Jawatan Kosong bagi Penolong Pegawai Perubatan